Zamani Harap Kesihatan Konsisten, Slam Tak Sabar ‘Curah Cinta ’ Dalam Konsert Nur Kasih
Maliah Surip
26/07/2023 06:30 MYT
26/07/2023 06:30 MYT
Vokalis kumpulan Slam, Zamani mengaku masih berasa risau setiap kali mahu membuat persembahan meski usia pembabitannya dalam bidang seni sudah masuk tiga dekad.
Bakal melaksanakan konsert yang entah sudah ribuan kali menerusi Konsert Slam Nur Kasih pada 6 Ogos ini di Zepp Kuala Lumpur, tidak banyak yang diminta oleh Zamani.
Penyanyi kesayangan ramai ini hanya mahu diberikan kesihatan yang konsisten sekaligus dapat menjayakan konsert tersebut dengan sukses sepertimana diharapkan juga oleh anggota Slam yang lain termasuk Shah, Eddie, Lili dan Man.
“Alhamdulillah, setakat ini, keadaan fizikal saya baik dan diharap dapat terus mengekalkannya menjelang konsert.
“Cuma saya masih perlu menjaga suara, InshaAllah saya akan memberikan yang terbaik buat semua peminat. Apa yang penting kita kena sama-sama berdoa agar semuanya lancar seperti yang dirancang” kata Zamani.
Dengan rendah diri Zamani kemudian menyambung: “Namun, tidak dinafikan, risau itu ada. Doakan ya. Lagipun susunan lagu untuk konsert ini juga disusun mengikut t kesesuaian dan kemampuan vokal saya ketika ini.”

Slam tak nak kecewakan peminat
Sementara itu, bukan tidak biasa melakukan persembahan atau konsert namun setiap kerja yang dilakukan oleh kumpulan Slam, semuanya mesti mencapai piawaian yang baik seiring dengan usia tiga dekad mereka dalam industri hiburan.
Justeru tidak hairan apabila Slam masih elakukan rutin sama seperti latihan dan merangka strategi untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Paling penting kata Shah, konsert yang bakal berlangsung tidak akan mengecewakan peminat yang hadir.
“Mungkin Konsert SLAM Nur Kasih tidak sebesar konsert sebelumnya seperti Konsert 30 Tahun Slam sebelum ini tapi kami tetap memastikan persembahan yang akan ditampilkan memuaskan hati semua.
“Semua perkara dititikberatkan termasuk susunan baru untuk beberapa lagu mengikut kesesuaian, persembahan pentas serta penataan cahaya misalnya.
“Slam mengambil serius tentang semua perkara yang akan dipersembahkan dalam Konsert SLAM Nur Kasih ini,” ujar Shah kepada media.
Bakal mempersembahkan sehingga 20 buah lagu, Konsert Slam Nur Kasih diilhamkan daripada salah satu lagu hit mereka berjudul Nur Kasih.
“Konsert kali ini diberi judul ‘NurKasih’ yang juga merupakan salah satu judul lagu hits kumpulan Slam, ia membawa maksud curahan kasih sayang kami kepada peminat yang selama ini tidak putus-putus menyokong serta memberikan cahaya (Nur) kepada kami” ujarnya.
Konsert Slam Nurkasih yang dibawa AV Group & WMD Event menawarkan tiket bermula RM198. Tiket boleh didapati menerusi pautan ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/.
Penonton bukan sahaja berpeluang menyaksikan persembahan hebat selama lebih dua jam, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, antaranya empat buah gitar (dua elektrik, dua akustik) yang ditaja khas oleh PBH MUSIC Sdn Bhd.