Berita gembira mengenai perkahwinan vokalis kumpulan Slam, Zamani dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani ternyata mengejutkan peminat.

Perkhabaran tersebut mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya gembira apabila penyanyi kesayangan mereka ini akhirnya sudah bertemu jodoh.

Paling menarik apabila ada netizen yang meluahkan rasa gembira dengan membuat kapsyen lucu di media sosial.

Antaranya:
Terdahulu, Zamani dan Juliana selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz malam tadi (Jumaat).

BACA: Zamani Slam Sah Bergelar Suami, Bawa Isteri Tunai Umrah

Difahamkan pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.