Pasangan selebriti, Zamarul Hisham dan Diana Rafar memilih nama Kayla Reysha untuk anak kedua mereka.

Bayi comel seberat 3.4 kilogram itu selamat dilahirkan oleh Diana bertempat di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam semalam.

Pemilihan nama bayi perempuan itu didedahkan oleh kakak Diana, aktres Linda Rafar menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG).

Linda juga turut memuat naik foto bersama suaminya, Syed Aiman yang sedang merangkul Kayla.

"Love @kaylareysha," tulisnya ringkas.

Love :) @kaylareysha

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on


Dalam pada itu, pelakon Izara Aishah juga turut berasa teruja dengan kelahiran Kayla dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

"Macam mana nak like 7352828 kali ni? Ni dia baby yang buli mummy dia,"
tulisnya di ruangan komen IG Zamarul.

Teks oleh: Mya Amri