Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Zaquan Adha Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini

Gempak
06/04/2024 21:00 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan pelakon Rita Rudaini terhadapnya di sebuah hantaran Instagram.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Zaquan atau nama sebenarnya Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, memegang kertas laporan polis yang telah dibuat terhadap bekas kakak iparnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.

A post shared by ADH4 (@zaqone_08)

Kenyataan fitnah

Menurut Zaquan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita merupakan fitnah dan telah merosakkan imej keluarganya.

Susulan itu, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap Rita.

“Assalamualaikum, saya baru sahaja membuat laporan polis berkenaan dengan IG story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga.

“Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di dalam video tersebut.

Rita sangkal dakwaan Zaquan

Sebelum ini, Rita dilihat mengeluarkan kenyataan balas bagi pihak dirinya selepas Zaquan memberitahu dia enggan memberi sebarang komen berikutan kontroversi pasangan kembarnya yang juga bekas suami Rita, Aidil Zafuan.



Ujar Rita, dia telah menyangkal dakwaan Zaquan yang mengatakan dia tidak masuk campur hal rumah tangganya suatu masa dahulu.

Tambah Rita, Zaquan juga antara individu yang didakwa masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil semua baju Aidil.

Zaquan didakwa hantar mesej

Bukan itu sahaja, Zaquan turut didakwa pernah menghantar mesej kepada Aidil dan mengatakan bahawa anak dalam kandungan Rita pada masa itu bukanlah anak mereka.

Untuk rekod, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,15,dan Airit Qaqa Arjuna,13.

Berita Trending: "Hanglah Batu Api Besar, Tak Sudah-Sudah Acah Terpaling Bagus" - Rita Rudaini

Berita Trending: Zaquan Adha Tak Masuk Campur Isu Rumah Tangga Aidil Zafuan Dengan Rita Rudaini, Hanya Doakan Yang Terbaik


#Rita Rudaini #Polis #Aidil Zafuan #Laporan #Zaquan #Adha