Zara Zya Sambut Birthday, Cantiknya...Macam Princess!

Asraf Aided
Oktober 23, 2018 08:33 MYT
Selebriti popular, Zara Zya berkongsi sekeping foto yang diambil sempena sambutan hari jadinya yang ke-33 pada hari semalam.
Gambar itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Alhamdulillah, terima kasih untuk ucapan dan doa kalian," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Zara telah membuat ucapan dan mendoakan kesejahteraan buat Zara.
Dalam foto tersebut, Zara mengenakan gaun berwarna pink dan memakai rambut palsu 'blonde' yang kelihatan seperti watak 'princess' dalam kartun animasi Barbie.
Zara mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2003 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi penglibatannya sebagai seorang pelakon, model dan pengacara TV.
#Zara Zya