Laman Utama

Zara Zya Terkena Tempias Shuib Bertunang Dengan Watie Hanifiah - “Jangan Terlalu Syok Sangat Hendak…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/05/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Zara Zya Terkena Tempias Shuib Bertunang Dengan Watie Hanifiah - “Jangan Terlalu Syok Sangat Hendak…”
Berita pertunangan pelawak Shuib dengan wanita pilihannya iaitu Watie Hanifiah turut memberi tempias kepada pelakon Zara Zya.
Zara menegaskan tidak pernah timbul sebarang hubungan cinta antara mereka, sebaliknya sekadar gimik sempena produk minuman yang pernah diusahakan mereka.
“Ada orang bertanya kenapa bukan Zara dengan Shuib, kenapa, kenapa dan kenapa.. kita nak buat apa. Saya dengan Shuib bukan pernah ada apa-apa pun.
“Sampaikan orang nak menjodohkan, hendak mengaturkan hala tuju hidup saya dengan siapa. Orang kata, gosip saya dan Shuib sebelum ini, seperti yang orang tahu sekadar ‘content’ bisnes.
“Tak pernah ada hubungan apa-apa. Pasangan hidup kita ini bukan orang lain yang tentukan, kita sendiri yang tentukan. Saya tidak beritahu siapa pun, tiada siapa yang tahu.
“Jangan terlalu syok sangat hendak mengaturkan kita punya kehidupan,” kata Zara kepada Gempak.
Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini berharap agar netizen sentiasa berfikiran yang positif dan berhenti menjodohkan dia dengan Shuib yang mempunyai kehidupan sendiri.
Terdahulu, penyampai radio Suria FM, Shuib selamat bertunang dengan Watie dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu pada 6 Mei lalu.
Shuib dan Watie dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024