Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Zara Zya Tiada Kaitan Dengan Bisnes Minuman Shuib - “Rasanya Baik Saya Menjelaskan Suasana Bagi…”

Asyikin Mayudin
30/04/2023 03:55 MYT

Enggan menambahkan kekeliruan, pelakon Zara Zya menjelaskan dia tidak mempunyai kaitan dengan cawangan minuman yang diusahakan oleh pelawak Shuib di Bandar Tasik Permaisuri Cheras. 

 

Menurut Zara, dia terpaksa memberi penjelasan mengenai perkara tersebut selepas menerima kiriman mesej daripada peminat dan rakan yang ingin membeli minuman tersebut. 

 

“Saya tidak mempunyai kaitan lagi dengan cawangan di Cheras. Jadi, saya ingin mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang berhubung isu ini.

 

“Kali terakhir saya dimaklumkan mengenai urusan cawangan jenama minuman berkenaan adalah pada Disember tahun lalu. Selepas itu, saya tidak lagi masuk campur mengenai urusan dan perjalanan bisnes itu.

 

“Bukan apa, saya ada menerima kiriman mesej daripada peminat dan rakan terdekat yang ingin membeli. Jadi, rasanya baik saya menjelaskan suasana bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang,” kata Zara.

 

Bagaimanapun Zara memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah dan terbuka untuk berkomunikasi dengan pelawak itu. 

 

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuib dan menganggap adat perniagaan ada naik turun. Malah, dia juga terbuka untuk berbincang mengenai hala tuju bisnes itu.

 

“Malah, saya juga terhutang budi dengan Shuib yang banyak mengajak saya untuk berjinak-jinak dalam bidang makanan dan minuman,” katanya.

#Zara Zya #Shuib #Zara #Zara Shuib