,
Laman Utama

Zarina Anjoulie Mengaku Tak Bersalah Guna Dadah Jenis Methamphetamine

Awani
13/09/2021
10:50 MYT
Pelakon dan selebriti Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mahyun Yusof.
Mengikut pertuduhan, selebriti yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram itu didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai pada 29 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM 2,000 dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.
Media sebelum ini melaporkan, pelakon kontroversi itu ditahan oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dicekup sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan ke rumah berkenaan.
Instagram: @anjoulielavocah1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

gempak
06/11/2024
12:25 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Berita

Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

gempak
05/11/2024
11:55 MYT
Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mej. Pol. Hafit Mad-asin kepada wartawan pada Selasa.
Hiburan

Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

gempak
03/11/2024
11:41 MYT
Menurut sumber, sehubungan itu, keenam-enam suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk prosiding reman esok.
Unitar