HIBURAN
Zarina Anjoulie Menyesal Buat Hidung, Kena Jangkitan Teruk Hingga Bernanah & Demam - “Saya Minta Keluarkan Silikon”
Pelakon, Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal dengan tindakannya melakukan pembedahan plastik di Vietnam tahun lalu.
Menyesal lakukan pembedahan plastik
Menyesali tindakannya, Zarina atau lebih mesra disapa Anju mendedahkan hidungnya mengalami jangkitan teruk sehingga bernanah.
Kata Zarina lagi, jangkitan itu berlaku kerana prosedur pembedahan plastik yang dilakukan di itu tidak bersih selain menggunakan implan atau silikon terpakai.
undefined
Terdahulu, Anju menerima kecaman daripada netizen selepas berkongsi mengenai keadaan wajahnya ketika sebelum dan selepas melakukan pembedahan terbabit yang dipercayai dilakukan di Vietnam.