Berita

Zarina Zainuddin Nak Pasarkan Pulut Kuning Ke London

gempak
ZULHILMI JALIL
15/07/2020
04:40 MYT
Sponsor Banner
Zarina Zainuddin Nak Pasarkan Pulut Kuning Ke London
Pelakon Zarina Zainuddin berhasrat untuk memasarkan produk masakan pulut kuning yang diusahakannya selama ini ke luar negara.
Menurut Zarina, dia juga sudah membeli mesin pembungkusan yang mampu menjadikan produk masakannya itu tahan lebih lama.
"Saya dah lama nak pasarkan ke luar negara cuma masalah yang saya hadapi selama ini nak bagi pulut tahan lama. Saya dah beli mesin retort yang boleh membuatkan pulut tahan sehingga dua tahun.
"Jadi, selepas ini boleh hantar ke serata negara termasuklah Brunei, Singapura dan ke Timur Tengah," katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, Zarina menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan mesin yang dibeli khusus bagi memastikan kualiti produk makanannya.
Pembungkusan baharu nanti itu membolehkan pulut kuningnya tersedia untuk dimakan terus dengan hanya dipanaskan di dalam ketuhar sahaja.
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Menurut Zarina lagi, selama ini, dia memang sudah mempunyai permintaan yang banyak daripada negara luar yang ingin merasai sendiri masakan pulut kuning.
"Permintaan dari luar negara memang banyak. Lagipun, saya dah ada pengikut dari Indonesia, Brunei Singapura, termausklah Arab Saudi.
"Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk sama-sama kongsi dengan peminat di sana.
"Dalam tempoh lima tahun lagi, saya harap pasaran akan lebih luas dan saya akan cuba untuk hantar pulut kuning ini ke London, Insya-Allah," katanya.
Saksikan drama lakonan Zarina Zainuddin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live