HIBURAN
Zarina Zainuddin Pesan Anna Jobling Berbaik Dengan Ibu, Takut Menyesal Bila Dah Tiada - “Jangan Jadi Macam Saya, Rasa Rugi Tak Spend Masa…”
Pelakon, Zarina Zainuddin menasihatkan aktres, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop agar segera berdamai dan memperbaiki hubungan kekeluargaan yang didakwa sedang bergolak.
Takut menyesal bila ibu dah tiada
Menurut Zarina, dia pernah melalui pengalam tersebut secara peribadi dan akui menyesal kerana tidak dapat meluangkan masa yang cukup bersama arwah ibunya.
“Bila mak dah tiada esok menyesal pun tak berguna, jangan jadi seperti saya asyik gaduh sahaja sebab saya sakit hati kenapa kecik kecik mak saya tak jaga, dah besar baru cari.
“Last-last mak dah tak ada saya rasa rugi tak spend betul betul masa dengan dia,” kongsinya menerusi ruangan komen di sebuah hantaran Instagram.
Harap tak ada campur tangan luar

Dalam pada itu, Zarina juga berharap agar tidak ada campur tangan pihak luar dalam isu Anna bersama ibunya.
“Semoga Anna dan maknya berbaik semula. Orang luar ini racun sahaja, apa-apa pun mak tetap mak.
“Tak ada mak, tak ada doanya mak dan doa mak amat mustajab untuk rezeki kita,” kongsinya.
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.