Aktres senior Zarina Zainuddin, 50, mencadangkan agar usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mengambil pekerja yang lebih terlatih dan efisen untuk bekerja di tempat penginapan miliknya.

Menurut Zarina, masalah pengurusan boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

"Assalamualaikum. Saya baca komen, saya tengok video CCTV saya tengok juga yang orang telah viralkan. Masalah pengurusan boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

"Datuk pun sekarang sentiasa ada di resortnya pantau apa yang berlaku. Mungkin Datuk boleh tambah staf yang lebih efisen," tulisnya.

Sementara itu, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu turut menyentuh soal etika dan adab ketika pergi bercuti.

Tegas anak kelahiran Seremban ini, dia mempunyai dua orang anak autisme namun mereka sudah diajar untuk berkelakuan baik ketika berada di luar rumah.

"Tentang masalah bila kita bercuti ke mana-mana sekali pun ada etika ada yang boleh ada yang tidak boleh. Tiada istilah bila kita dah bayar kita boleh buat sesuka hati.

"Kita ni orang Melayu kaya dengan adab, budi bahasa, sopan santun jadi terapkan pada jiwa tak kira kita orang kampung ke orang bandar ke.

"Adab ini diri kita sendiri.. Kita bukan balik kampung mak ayah kita masa hari raya nak buat macam tu. Selalu pandai bawa diri kat tempat orang. Kita cuma sewa saja bukan kita punya.

"Harta orang tetap harta orang takkan jadi harta kita. Jangan marah dengan saya bila cakap macam ni.

"Saya cuma nak beritahu anak saya yang autism ni pun pandai duduk elok-elok bila pergi bercuti.

"Lagi satu kalau nak berkelah kat air terjun resort tu boleh bukan bukak mangkuk tingkat kat lobi resort siap main bola sepak? Akal ada ke?

"Masalah ni bila jadi macam ni orang pun takut nak bagi masuk rumah. Kang masuk rumah mau lompat-lompat atas sofa mau kaki naik atas sofa baring landing kat sofa.

"Mesti orang benci saya bila cakap macam ni tapi ni realiti. Kita junjung adab kita mana pergi kita bawa, insya-Allah pergi mana pun orang suka," tulisnya lagi.



Terdahulu tular keluhan seorang atlet parkour yang mendedahkan resort milik seorang usahawan kosmetik tidak dijaga dengan baik dan kotor.

BACA: Cadar Tak Cuci, Peti Ais Ada Lipas, Resort Milik Usahawan Kosmetik Ini Dikritik Hebat! Sampai Kena Ugut!

Sehubungan itu, Aliff Syukri kemudiannya tampil mengemukakan bukti video membongkar tindakan dan aktiviti atlet terbabit sepanjang menginap di resort tersebut.

BACA: Aliff Syukri Jawab Aduan Pelanggan – “Skipping, Berlari & Main Bola Sepak Di Lobi…Jaga Adab Dan Etika Di Tempat Orang!”

BACA: "Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Usahawan Kosmetik Bersuara, Sokong Tindakan Pelanggan Resort

BACA:
Berkumpul & Makan Bersama Keluarga di Lobi Resort Viral, Ini Penjelasan Abudi Alsagoff