Zarul Husin Lakon Babak Romantis, Nasib Isteri Sentiasa Memahami; “Jangan Curang La! Itu Saja”
Asyikin Mayudin
18/09/2022 03:55 MYT
18/09/2022 03:55 MYT
Banyak melakonkan babak-babak romantis, pelakon Zarul Husin bagaimanapun memberitahu isterinya sentiasa memahami tugas dan tanggungjawabnya dalam dunia lakonan.
Menurut Zarul, dia dan pelakon gandingannya sentiasa bekerja secara profesional dan berharap netizen tidak mengaitkan kehidupan peribadi dengan kerjaya.
“Isteri saya memahami dengan apa yang saya lakukan. Senang cerita, dia sangat faham dengan kerja saya.
“Sebab kita bekerja pun secara profesional… tak ada kaitan dengan kehidupan peribadi dengan lakonan saya,” kata Zarul kepada Gempak.
Zarul ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan drama Rampas Cintaku selama 60 minit di DADI Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi drama terbaharu lakonannya itu, Zarul memegang watak sebagai Datuk Jefri yang berlaku curang terhadap isterinya, Datin Safieya (lakonan Fasha Sandha).
Mengambil pengajaran dalam drama itu, Zarul berkata tips rumah tangga bahagia adalah setia kepada pasangan masing-masing.
“Jangan curang la! Itu saja… pada saya, secara umum seorang wanita tak ingin dicurangi,” katanya.