ZAYAN Qurban 2.0 telah dijalankan di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati pada awal pagi Sabtu lalu.

Majlis anjuran bersama pihak Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf (INSAF Malaysia) ini memberi peluang kepada hampir 200 peserta bertuah serta personaliti ZAYAN, Mawi dan Anas untuk mempelajari ilmu penyembelihan haiwan ternakan.

Selain itu, peserta juga dilengkapkan dengan pemahaman ilmu teori dan pengalaman praktikal dalam mengendalikan penyembelihan yang mengikut tuntutan syariah.

Selain Mawi dan Anas, penganjuran kali kedua ini juga terdiri daripada peserta berumur 8 hingga 45 tahun yang disenarai pendek oleh ZAYAN dan INSAF Malaysia. Kesemua peserta ini menjalani kursus asas penyembelihan secara teori dan praktikal.



Pelbagai ilmu turut dikongsi bersama peserta yang merangkumi adab dan cara penyembelihan sempurna mengikut syariah.

Peserta juga menerima sijil penyertaan disamping merasai sendiri pengalaman melakukan penyembelihan bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen-kempen yang dianjurkan oleh ZAYAN, sila layari https://zayan.my/.