Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zed Zaidi Dihentam Netizen Gara-Gara ‘Pork Free’

Ahmad Shah
17/02/2016 08:06 MYT
Pelakon Zed Zaidi dituduh kurang bijak oleh netizen gara-gara tweetnya mengenai papan tanda Pork Free beberapa hari lepas.

Tulisan Zed yang telah mengundang pelbagai reaksi netizen ialah “Aku keliru ler dekat restoran dia tampal sticker “PORK FREE”, PORK FREE tu BEBAS BABI ke? PERCUMA BABI? Bukan sepatutnya letak logo HALAL ke?”

Rata-rata pengguna Twitter membalas entri Presiden Seniman dengan kata-kata pedas dan menyifatkan kenyataan Zed itu kurang bijak.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Zed tidak melayan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi mengeluarkan kenyataan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap premis makanan yang mempamerkan tanda Pork Free kerana mengelirukan umat islam.

Antara komen netizen terhadap tweet kenyataan Zed Zaidi


:




#Zed Zaidi
;