Zee Avi & Njwa Tangguh Konsert Demi…
Syafiqah Jalal
08/03/2019 04:35 MYT
08/03/2019 04:35 MYT
Konsert International Women’s Day Zee Avi & Njwa yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka PWTC terpaksa ditunda.
Penganjur Showlab Venture, Farhan Aizat berkata Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 MAC 2019, Jumaat terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkkan.
“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.
“Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” katanya.
Namun konsert tersebut bakal ditangguh ke tarikh yang baharu iaitu pada 22 Jun 2019.
Bertempat di lokasi yang sama, konsert tersebut akan bermula pukul 8.45 seperti dijadualkan.
Pembeli tiket dan peminat Zee Avi dan NJWA boleh mendapatkan infomasi lengkap dan selanjutnya di laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my atau Facebook: Showlab MY.