HIBURAN
Zehra Zambri Sah Diceraikan Suami Talak Satu - "Selepas 5 Bulan, Alhamdulillah Selesai... Beban Sudah Hilang"
Penyanyi Zehra Zambri telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin melalui talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada pagi Rabu.
Keputusan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Mohd Iqwan memberitahu dia berasa lega apabila urusan perceraian dapat diselesaikan selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.
“Alhamdulillah hari ini selesai… bercerai cara talak raj’ie. Hari ini lafaz cerai sahaja.
Sementara itu, Zehra turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berakhir selepas lima bulan proses mahkamah berlangsung.“Saya takut juga kalau tiba-tiba period lagi sekali kan… tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya kepada Gempak.
“Saya perlukan masa untuk pulihkan diri dan berdamai dengan takdir ini. Insya-Allah saya akan memajukan diri, cari kembali semangat yang hilang dan memulakan kehidupan baru,” ujarnya.“Setelah lima bulan, Alhamdulillah kes selesai. Saya rasa sedikit beban itu sudah hilang dan banyak perkara boleh saya rencanakan selepas ini untuk kehidupan saya dan anak.
Sebelum ini, pada 13 Ogos lalu, Mohd Iqwan bersedia melafazkan cerai terhadap Zehra namun terpaksa ditangguhkan kerana penyanyi itu berada dalam keadaan haid.
Berhubung dakwaan culas memberi nafkah, Mohd Iqwan menjelaskan bukti telah dikemukakan kepada mahkamah dan kedua-dua pihak diminta berbincang lanjut mengenai urusan tersebut selepas perceraian.
Sebelum ini, proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 14 Julai lalu gagal mencapai kata sepakat sehingga mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik hakam.
Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Iqwan pada 7 Mac lalu secara fast track.
Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Must-Watch Video