Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zhang Ziyi, Suami Cerai: “Ini Keputusan Dua Orang Dewasa”

Maliah Surip
24/10/2023 13:45 MYT
Bintang antarabangsa, Zhang Ziyi menyampaikan berita kurang baik kepada peminat dengan pengumuman penceraian bersama suami, Wang Feng.

Ziyi yang pernah terbabit dengan filem fenomena Crouching Tiger, Hidden Dragon secara bersama dengan Feng menulis pengumuman di akaun media sosial Weibo.

Mereka memberitahu hubungan suami isteri selama lapan tahun kini sudah terlerai.

“Kami telah hidup dan mempunyai pengalaman berkahwin selama lapan tahun. Selepas mengambil semua pertimbangan dan berbincang, kami memutuskan bercerai,” tulis kenyataan bersama tersebut seperti dilaporkan SCMP.

Ziyi dan suaminya yang merupakan seorang penyanyi itu juga tidak meletakkan kesalahan di antara satu sama lain di atas kegagalan rumah tangga mereka.

Perceraian mereka juga tidak akan membuat perasaan kasih dan sayang kepada dua anak hasil perkahwinan berkurang.

“Ini keputusan antara dua orang dewasa. Kami mengharapkan pemahaman dan dokongan semua,” tulis kenyataan tersebut lagi.

Ziyi, 44, dan Feng, 52, berkahwin pada 2015. Dia kemudian melahirkan anak perempuan pada 2015 dan anak lelaki mereka pada Januari 2020 - kedua-duanya di Amerika Syarikat.

#Viral #cerai #Wang Feng #Zhang Ziyi
;