Laman Utama

Ziana Zain Sebak Dengar Ucapan Anak - “Jangan Risau Mama, Kami Adik Beradik Ada…”

gempak
Mya Amri
14/12/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Ziana Zain Sebak Dengar Ucapan Anak - “Jangan Risau Mama, Kami Adik Beradik Ada…”
Penyanyi, Ziana Zain tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menonton video kejutan yang merangkumi ucapan daripada empat orang anaknya.
Video tersebut ditayangkan ketika majlis sidang media pengumuman konsert solo Ziana Zain yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Video itu dimulakan dengan ucapan anak pertamanya iaitu Muhammad Aiman.
Ucapan Aiman yang memberikan kata-kata semangat buat ibunya itu ternyata telah menyentuh hati Ziana sehingga penyanyi itu mengalirkan air mata sebaik sahaja mendengar suara anaknya.
“Aiman doakan mama konsert berjalan dengan lancar dan juga meriah. Jangan risau mama, kami adik beradik ada untuk support mama.
“Terima kasih mama kerana berada di sisi kami sejak kami kecil. Terima kasih untuk segalanya dan kami sayangkan mama,” ujarnya.
Ucapan itu kemudian disusuli dengan tiga orang lagi anaknya iaitu Muhammad Ammar, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Saksikan video penuh ucapan tersebut di bawah:
Ziana Zain Konsert 2024 ditaja oleh CSA Academy, anjuran bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd serta dengan kerjasama Altus Prohouse.
Konsert itu akan menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik serta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson berperanan sebagai pengarah konsert.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket bermula pada harga Gold RM288, Platinum RM488, Diamond RM688, VIP 2 RM888 dan VIP 1 RM1088 di www.ticket2U.com bermula 15 Disember 2023 jam 10 pagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live