Berita

Ziana Zain Tempah Baju Raya Anak-Anak 2 Tahun Sekali

gempak
Syafiqah Jalal
07/06/2018
13:15 MYT
Sponsor Banner
Ziana Zain Tempah Baju Raya Anak-Anak 2 Tahun Sekali
Penyanyi Ziana Zain memberitahu selama ini dia hanya menempah baju raya untuk anak-anaknya, dua tahun sekali sahaja.
Ziana Zain, 50, berkata Aidlifitri kali ini merupakan giliran yang mana mereka perlu menempah atau membeli baju raya yang baharu.
"Saya memang akan menempah baju raya untuk anak-anak dua tahun sekali sahaja dan itu pun hanya sepasang seorang.
"Saya akan menempah baju anak-anak besar dan labuh sedikit supaya mereka boleh pakai untuk tahun hadapannya.
"Bagi saya tidak perlu membazir kerana baju raya itu hanya dipakai pada hari raya pertama sahaja.
"Yang penting kami sedondon di pagi raya. Nak tahu apa tema warna yang akan kami pakai nanti, tunggu dan lihat sahaja Aidilfitri ini," katanya kepada Astro Gempak.
Ziana mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Pelantun lagu Berpisah Jua itu bagaimanapun lega kerana semua kelengkapan sempena Aidilfitri untuk anak- anaknya sudah pun selesai dibeli ketika awal Ramadan lalu.
Ziana bersama empat anaknya menghabiskan masa selama 12 jam di dua buah pusat beli-belah di ibu negara.
"Kalau nak tahu, awal puasa lalu saya sudah heret anak-anak pergi beli kelengkapan hari raya kerana tidak mahu kelam kabut kalau tunggu saat-saat akhir.
"Kami keluar dari pukul 10 pagi, berhenti sekejap untuk berbuka puasa dan sambung kembali sampai kedai tutup.
"Kalau ikutkan lebih 12 jam kami dalam pusat beli-belah tapi Alhamdulillah semua persediaan selesai dalam tempoh itu," katanya lagi.
Teks oleh: Syafqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024