Laman Utama

Ziana Zain Teruja Perform Atas Kapal Cruise - "Peminat Akan Dapat Kejutan..."

Asyikin Mayudin
28/12/2022
05:50 MYT
Bakal mengadakan persembahan di kapal cruise, Genting Dream pada 16 Januari depan, penyanyi Ziana Zain memberitahu selain menyanyi dia juga akan melakukan aktiviti bersama peminat yang mengikuti pelayaran ke Penang dan Singapura.
Tiada sebarang kejutan, menurut Ziana, dalam perancangan dia akan menyampaikan tiga buah lagu namun tidak mampu untuk menolak permintaan peminat yang mahukan lebih daripada itu.
“Lebih kepada untuk beramah mesra bersama peminat… menyanyi sambil melayan peminat dan dalam pada masa yang sama akan ada game juga bersama mereka.
“Insya-Allah saya akan menyanyikan dalam tiga buah lagu tapi kena tengok juga kadang-kadang peminat nak minta lagi… saya tak boleh nak tolak.
“Ikutkan tak ada apa-apa kejutan lain sebab atas cruise kan. Tapi tak tahu la kalau penganjur nak buat apa lagi… saya hanya ikut sahaja,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, penyanyi lagu Madah Berhelah ini memberitahu dia pernah membuat pelancaran album berjudul Puncak Kasih di atas cruise bersama peminat.
“Jarang ada buat persembahan atas cruise ni… saya pernah sekali buat pelancaran album Puncak Kasih bersama peminat di atas cruise… tulah kali pertama.
“Selepas itu, saya bersama peminat di Singapura naik cruise selama tiga hari yang dipenuhi dengan aktiviti seperti karaoke, main game dan makan sama-sama.
“Selalunya kita buat perjumpaan bersama peminat di ‘ground’, sekarang kita cruise… jadi, environment tu lain… memang best!” ujarnya.
Ziana akan membuat persembahan di zodiac hall, genting dream yang terbuka untuk semua yang mengikuti pelayaran cruise.
Resorts World Cruises yang membawa Genting dream akan berlayar selama empat hari bermula pada 16 Januari di Port Klang dan akan ke Penang serta Singapura.
Untuk pembelian tiket percutian mewah atas kapal cruise Genting Dream boleh ke www.rwcruises.com.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Hiburan

“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain

gempak
20/04/2024
02:02 MYT
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Hiburan

Peluang Beramah Mesra Dengan Ziana Zain Bagi Pemegang Tiket Ziana Zain Concert 2024 Pada Sabtu Ini!

gempak
15/04/2024
15:55 MYT
Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan "CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024" nanti.