Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ziarah Kubur Kristian, Ini Penjelasan Baby Shima

Amri Hassan
03/05/2022 01:55 MYT
Sepotong video penyanyi Baby Shima menziarahi kubur Kristian yang dimuatnaik di akaun Instagramnya mengundang pelbagai kritikan dan kecaman netizen.

Ada yang mempertikaikan tindakannya menziarahi kubur Kristian malah ada yang mengkritik penampilannya yang tidak bertudung ketika menziarah kubur berkenaan.

Enggan terus mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen, Shima tampil menjelaskan keberadaannya di kubur Kristian dengan berpakaian baju kurung serba hitam itu.

"Shima ada ramai saudara mara Kristian. Atok, neenk, ada Islam ada Kristian. Jadi, tolong hormat.

"Boleh je melawat kubur bukan Islam. Shima dah tanya kat ustaz tapi ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum. Payah bila rasa ilmu tinggi sangat... Semua je tak kena!

"Bila kesalahan diri sendiri buat-buat tak nampak!" jelasnya.

Justeru, Shima bagaimanapun memberitahu dirinya tidak akan memaafkan individu yang sentiasa mencari salahnya dan menghinanya.

"Kepada sesiapa sahaja yang tak henti maki-maki dan hina saya, sampai matipun Shima takkan maafkan korang," tambahnya menerusi kemaskini di Instagram Stories.



Shima baru-baru ini tampil dengan lagu rayanya berjudul Pulang yang turut diselitkan dalam potongan video di kubur terbabit.

#Penyanyi #Viral #Netizen #Baby Shima #Pulang #Kecaman #Kubur Kristian
;