Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Perempuan, Meriahnya Baby Shower!

Fiza Kamarudin
Jun 13, 2019 03:05 MYT
Penerbit drama popular, Datuk Ziela Jalil berkongsi momen indah sebelum kelahiran cucu sulungnya tidak lama lagi.
Semalam, Ziela Jalil telah berkongsi foto di sekitar majlis ‘Baby Shower’ dan doa selamat yang diadakan khas buat puteri sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah.
Pada majlis serba meriah itu juga telah didedahkan jantina cucu sulung yang bakal lahir iaitu bayi perempuan.
Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Datin Seri Umie Aida, Datin Nina Juren, Datuk Sheila Majid, Shukri Yahaya dan ramai lagi.
Dr. Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Sama-sama kita doakan urusan Dr. Puteri Julia dan Dr. Dziya Faqhran dipermudahkan ya!
#Datuk Ziela Jalil #Baby Shower #Cucu