Ziela Jalil Bukan Perampas, Anak Tiri Sayang Macam Ibu Sendiri - "Perkahwinan Mereka Rahmat Bagi Kami"
Zulaikha Yusof
13/01/2021 04:50 MYT
13/01/2021 04:50 MYT
Anak tiri penerbit dan pelakon terkenal Datuk Ziela Jalil yang dikenali dengan nama Najwa memohon agar orang ramai berhenti menghentam ibu tirinya itu.
Menurut Najwa, Ziela bukan seorang perampas seperti mana yang diperkatakan oleh segelintir netizen.
Malah katanya, dia dan adik beradik menyayangi Ziela seperti ibu kandung mereka.
"Kami baik-baik saja dengan Mama Ziela, kami menyayanginya seperti ibu kami sendiri. Berhenti bercakap mengenai rampas la apala.
"Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja. Dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas," tulisnya di laman Twitter.
Kisah perkahwinan terbaharu Ziela bersama pengerusi masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai selepas sebuah portal hiburan mendedahkan beberapa keping gambar yang dikaburkan.
Portal hiburan berkenaan turut memberikan bayangan mengenai seorang penerbit drama yang sudah pun mendirikan rumah tangga secara diam-diam dan menjadi isteri kedua sejak tiga tahun lalu.
Sejurus pendedahan itu, Najwa menerusi akaun Twitternya difahamkan telah memuat naik ciapan memberitahu individu yang dimaksudkan itu adalah bapanya dan Ziela.
BACA: Berselisih Faham Dengan Anak Tiri? Ini Penjelasan Ziela Jalil
Dalam pada itu, Najwa melahirkan rasa syukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang daripada dua orang wanita.
"Betul, anak mana yang suka ada dua ibu? Tetapi Alhamdulillah Tuhan mengurniakan saya dua ibu yang cantik dan saya diberkati kerana keberadaannya. Kami dalam keadaan baik.
"Tak salah untuk kita kongsi kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap ayah kami," tulisnya lagi.
Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.
Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.
Twitter: @lolaalhabshee