Ziha Salleh Selamat Melahirkan Bayi Kedua

Syafiqah Jalal
April 10, 2020 06:51 MYT
Bintang Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), Ziha Salleh selamat melahirkan kedua pada jam 3.42 petang semalam.

Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh yang melahirkan bayi lelaki itu bersyukur kerana semuanya selamat dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak saya selamat dilahirkan pada 3.42 petang , 9 April semalam.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Kamu tahu siapa kamu,” tulisnya.

Ziha yang juga pelakon Dee The Seriesberkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Ziha kelihatan sihat bersama anaknya di atas katil hospital.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada 8 Oktober 2016 dan turut mempunyai seorang lagi anak, Hizqeel berusia tiga tahun

#Anak #Bersalin #Baby #Ziha Salleh