Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Zina Jadi Kerjaya, Tukar Jantina & Dedah Alat Sulit Makin Biasa,” - PU Amin Mohon Umat Islam Supaya...

Hanafis Haris
15/02/2021 11:50 MYT

Penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan rasa kecewanya apabila semakin banyak aplikasi berbentuk maksiat diwujudkan.

Menurut PU Amin, dia terkejut dengan perubahan media sosial akhir zaman ini, semakin hebat pula cabarannya.

“Kiamat dah dekat. Tanda-tanda yang Nabi sebut sudah jelas.

“Zina kini boleh jadi kerjaya, aplikasi halalkan zina juga makin banyak.

“Tukar jantina dah jadi biasa, jual produk sambil dedah sulit dah normal. Malu dah tiada.” katanya.

Tambahnya, apa yang ditakuti, jika anak cucu nanti terus hanyut dengan dunia yang penuh kotor ini.

“Bersatulah kita melawan kemaksiatan. Hidup kita tak lama, berbaktilah kita pada agama ini.

“Peliharalah agama dan anak anak keturunan kita. Kita ramai, kita sangat ramai, tapi umpama buih di lautan.

“Jika kita masih tidur, nantikan kehancuran yang lebih besar. Ya Allah peliharalah kami! Ya Allah lindungilah anak-anak kami,” katanya.

PU Amin berkata demikian menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Sehingga kini posting berkenaan menerima 21,000 likes dan kebanyakan netizen mengharapkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu berkenaan.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

#Haram #Zina #Sugar Baby #Sugardaddy
;