Viral

"Zina Mata Ni" - Ismail Izzani Tayang Dada, Peminat Ramai Tak Keruan!

Amri Hassan
28/12/2018
03:52 MYT
Penyanyi sensasi, Ismail Izzani mengundang komen-komen nakal netizen apabila memuat naik foto yang menampakkan sebahagian daripada dadanya.
Ismail yang kini bercuti di pulau Bali, Indonesia bersama-sama teman rapatnya memuat naik gambar berpakaian serba putih dalam keadaan kemejanya tidak berbutang.
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi lagu Bidadari itu, mungkin ini menjadi kali pertama Ismail memuat naik gambar yang boleh mencairkan hati ramai gadis.
Malah, menerusi ruangan komen juga, ramai peminat setianya yang terkejut dengan entri terbabit dan sempat juga mengusiknya.
"Tutuplah baju tu dulu. Zina mata ni," tulis salah seorang peminatnya.
"OMG! You should stay like this forever," tambah pengguna lain.
"Ni mesti nak jadi antara 100 the sexiest guy in the world right," tulis yang lainnya.
"Pandai buat gaya supaya hati perempuan cair," tambah peminat lain pula.
"Mula-mula buka baju nanti buka seluar pula," tulis pengguna lain berseloroh.
Namun, ada juga peminat yang sayangkan penyanyi itu menasihati agar tidak memuat naik lagi foto sedemikian bagi menjaga reputasi dan nama baik selama ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.