Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet para Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, Sabtu lalu.
"Tahniah @yardzolkefli, menang pingat emas di #London2017 dan sekali lagi pecah rekod dunia! #kebanggaanku #Negaraku #MAS," tulis Najib di Twitter rasminya semalam.
Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.
Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.
“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga.
"Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini.
“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus," kata Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Bernama
Gambar: NST, Twitter @najibrazak
Amri Hassan
Mon Jul 17 2017


Pakai Gaun Tutup Pu*ing Payudara, Doja Cat Kata Sedang Gabungkan Anatomi & Angkasa
Penampilan Doja Cat yang hadir ke majlis Billboard Music Awards 2022 mencuri perhatian apabila penyanyi itu memakai gaun hitam panjang, namun menampilkan bahagian payudaranya kecuali puting.
.jpg?ext=.jpg)
Menarik Isnin: Tangan Wanita Mana MK Pegang? Adira Tayang Datuk Red Di IG, Siapa Pula Dating Drive Thru?
Jom tengok menarik Isnin!

Isteri Puji Handal Masak, Chris Pratt Mahu Sedozen Anak!
Meriah 12 orang anak!

Julia's Secret Recipe Official Trailer
Eh siapa pulak dah Julia ni? Kenapa pulak dia suka sangat tukar tukar kerja ni? Lepas tu kenapa Adam marah Julia tu? Kenapa Bunga’s Secret Garden sampai trending? Ariel tu pulak siapa? Kenapa Ariel cakap Julia fake? Kalau korang nak tahu jawapan untuk semua soalan ni, korang kena saksikan Julia’s Secret Recipe bermula 23 Mei, setiap Isnin. #Gempak #AstroGempak #JuliaSecretRecipe #GempakOriginalSeries

“Saya Tak Rasa Saya Popular In Real Life” - Kim Young Dae Galas Watak Utama Dalam Shooting Stars
Lawak juga cerita ni, lain betul watak Kim Young Dae.

BTS Cipta Sejarah, Pecahkan Rekod 17 Tahun & Jadi Pemenang Terbanyak Billboard Music Awards!
Seperti yang dijangkakan, grup tersohor Korea Selatan, BTS membawa pulang pengiktirafan dalam anugerah berprestij, Billboard Music Awards 2022 (BMA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

ISOBAHTOS Tahan Gigil Shooting 3 Hari 3 Malam, Terus Perjuang Warisan Borneo! - "Kawasan Ni Sejuk & Berangin"
ISOBAHTOS muncul dengan single baharu, ARJIIBII (RGB)

Kemalangan & Kematian Isterinya Dirancang? Dharma Bongkar Siapa Dalang Disebaliknya!
Siapa bunuh Natalie?

“Baru Nampak Suami Adira”- Ramai Teruja Bila Datuk Red Muncul Di…
Wah betul lah lama tak nampak Dato' Red

"Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser" - Pesilat Negara Sebak, Netizen Titip Kata-Kata Semangat!
Tetap emas di mata kami!