Ziyad Zolkefli Namakan Anak Zuhayra Zafra

Kamaruddin Razal
Ogos 11, 2017 10:35 MYT
Juara dunia sukan lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, 27, menamakan anak perempuannya Zuhayra Zafra.
Nama yang cantik itu didedahkan oleh Ziyad menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya semalam.
Ziyad juga turut memuatnaik fotonya sedang memeluk anak sulungnya beserta kapsyen berbunyi,
"Papa jangan dekat ye, papa tak mandi lagi lepas balik kem. Love you cantik papa," tulisnya.
Entri itu juga turut disertakan dengan hashtag #zuhayrazafra dan #papalove.
Tedahulu, Ziyad menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Zafirah Mohd Nasir selamat melahirkan bayi seberat 3.4 kilogram pada jam 1.37 petang pada 2 Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, Ziyad bakal beraksi di Sukan Sea dan Para Asean yang bakal bermula bulan ini.
Teks oleh: Mya Amri
#Sukan SEA #Ziyad Zolkefli