Filem aksi komedi, Abang Long Fadil 3 semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia.
Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap naskhah arahan Syafiq Yusof itu, khususnya adegan adegan lawak yang dipersembahkan.
Namun, menerusi temu bual di sebalik tabir Abang Long Fadil 3 baru-baru ini, tonggak utamanya, Zizan Razak mengakui sukar untuk melakonkan watak Fadil disebabkan kehadiran Johan sebagai rakan pelakon.
“Kalau ikutkan, kali ini lagi mencabar. Watak Fadil dalam filem ini jadi lebih matang. Namun, ia jadi sukar sebab pasangannya adalah Johan. Memang susah nak tahan ketawa ketika penggambaran,” katanya.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Wed Sep 21 2022


"Gelang Emas Lipan RM8,000 Sumayyah Hilang, Menangis Saya" - Puteri Sarah
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.

"Doakan Untuk Kami Yang Baik-Baik Saja" - Haqiem Rusli
Peminat harap Anis Sofea kembali berhijab.

#FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni
Nasi Kandaq Fest berlangsung dari 23-24 September 2023 di Sunway Putra Mall KL.

Ini 5 Pekerjaan Yang Boleh Menyebabkan Anda Mengalami Nyanyuk
Adakah termasuk pekerjaan anda?

Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Selena akui terbeban

Cara Mudah Nak Halau Semut Dari Kerumun Pinggan Makan Haiwan Kesayangan Anda
Mudahnya!

“Yang Memekak Macam Anjing Menyalak Tu Malulah” - Kak KM Tegur, Jangan Sibuk Masuk Campur Hal Rumah Tangganya
Kak KM dah tegur tu.