Berita

Zizan Nin Berjaya Turun 2 Kilogram Tapi Sedih Pasal Kasut

gempak
Elrafaei Sapi
07/01/2019
13:43 MYT
Sponsor Banner
Zizan Nin Berjaya Turun 2 Kilogram Tapi Sedih Pasal Kasut
Ramai selebriti mungkin sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bersenam tapi Zizan Nin tetap mengamalkan gaya hidup sihat.
Pelakon popular ini kebelakangan ini berkongsi rutin hariannya bersenam dengan netizen di media sosial.
Apa yang menggembirakan buatnya, dia yang gemar berlari atau jogging berjaya turunkan berat badan sebanyak 2 kilogram baru-baru ini.
Di sebalik kejayaan itu, Zizan juga berkongsi cerita sedih mengenai kasut joggingnya yang hilang dicuri selepas cuci kereta.
Malangnya, kasutnya itu hilang sebelum tahun baru 2019.
"Jangan kerja keras sangat, jaga kesihatan sendiri dan lari," katanya dalam status terkini di Twitternya, @zizannin hari ini. Zizan yang bersemangat melakukan senaman nampaknya memberi semangat pada selebriti lain dan peminat untuk mengikut amalan hidup sihat.
Dia juga memberitahu netizen, dia bukan saja berlari dan jogging tapi menggunakan khidmat nasihat kesihatan percuma untuk mendapatkan keputusan selepas melakukan senaman.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @zizannin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024