Zizan Razak Dah Selamat Bertunang Dengan Gadis Terengganu?

Kamaruddin Razal
Julai 20, 2020 09:44 MYT
Pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zizan Razak menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah bertunang dengan gadis yang berasal dari Terengganu.
Terkejut dengan desas-desus terbabit, Zizan menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa.
"Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.
"Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.
"Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa," kata Zizan.
Zizan ditemui usai konsert finale Ceria Megastar 2020 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Tambah Zizan, dia juga tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.
"Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja," katanya lagi.
Di konsert finale Ceria Megastar yang menobatkan Kowachee sebagai juara, Zizan bertindak selaku juri tetap.
BACA: Kowachee Juara Ceria Megastar 2020
Dalam perkembangan terbaru, Zizan bakal membintangi filem Hantu Bonceng 2 dan ia bakal bersiaran di Astro First.
#Zizan Razak #Bertunang