Hiburan

Zizan Razak Semakin Pulih, Perlu Rehat Yang Cukup

gempak
Mya Amri
25/11/2016
10:06 MYT
Sponsor Banner
Zizan Razak Semakin Pulih, Perlu Rehat Yang Cukup
Pelawak Zizan Razak kini dilaporkan semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang berehat di rumah.
Menurut pembantu peribadi Zizan, Ashraf Rahman, pelawak itu dikejarkan ke hospital jam lima pagi tadi selepas suhu badannya meningkat naik.
"Sebenarnya sejak malam tadi suhu badannya panas dan saya lihat keadaan dia semakin teruk dan dia seperti mengerang sakit.
"Panik melihat keadaanya itu, saya pun membawanya ke hospital jam lima pagi tadi sebelum ia jadi lebih teruk.
"Doktor pada awalnya mengesyaki Zizan dijangkiti demam Denggi namun selepas pemeriksaan darah dibuat kami bersyukur kerana ia hanya demam biasa.
"Selepas diberi suntikan dan sebagainya, Zizan kembali pulih dan dibenarkan pulang pada jam 10 pagi tadi.
"Doktor nasihatkan agar dia berehat dan banyak minum air buat masa ini," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.
Terdahulu, Zizan menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik foto dirinya terlantar sakit di hospital.
Menerusi foto itu juga dilihat Zizan telah diusung di atas katil oleh jururawat di sebuah hospital.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live