Pelakon terkenal yang juga isteri Ahli Parlimen Kinabatangan Zizie Izette A Samad, 41, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 60, yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad, bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta pada 2015, lapor Astro Awani.
Penafian dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi pagi tadi.
Bagi pertuduhan pertama Zizie didakwa bersubahat dengan Bung Moktar memperoleh suapan bernilai RM2.2 juta daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan Kedua untuk Felcra Berhad membuat pelaburan Unit Amanah di bawah Public Mutual Berhad berjumlah RM150 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Jun 2015 kira kira jam 12.30 tengahari dan 5 petang di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati.
Manakala pertuduhan kedua, dia didakwa bersubahat melakukan kesalahan yang sama dengan individu yang sama memperoleh suapan bernilai RM262,500 yang disalurkan ke dalam akaun Public Islamic Treasures Growth Fund miliknya dengan tujuan yang sama di lokasi yang sama kira kira jam 12.16 tengahari pada 19 Jun 2015.
Pertuduhan ketiga pula, Zizie didakwa melakukan kesalahan yang sama atas tujuan yang sama membabitkan nilai suapan RM337,500 yang disalurkan ke dalam akaun Public Ikttikal Sequel Fund miliknya oleh seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad kira kira jam 12.18 tengahari pada tarikh dan lokasi yang sama.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi bagi setiap pertuduhan mengikut perenggan 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam C Vijayakumar.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan Zizie diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes pada 10 Jun depan.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Fri May 03 2019
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.