Zoey Rahman Pernah Menangis Depan Ibunya - “Sebab…”
Izwan Isa
27/01/2022 12:50 MYT
27/01/2022 12:50 MYT
Benar kata orang, semangat yang diberikan oleh ibu merupakan semangat yang mampu membuatkan si anak kembali bangun walapun sudah beberapa kali jatuh tersungkur.
Begitulah yang dialami oleh pelakon dan usahawan Zoey Rahman. Pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia pernah menangis di depan ibunya, Azizah Ibrahim apabila produk jualannya tidak mendapat sambutan.
"Mungkin ramai yang tak tahu, sebelum nama dikenali, saya pernah melakukan pelbagai jenis bisnes sejak tahun 2016. Ketika itu saya jumpa emak dan mengadu padanya. Saya menangis kerana tiada orang nak beli baju jualan saya sedangkan masih banyak stok tersimpan di pejabat.
“Ketika itu, saya bawa stok baju berkenaan dan cuba untuk jual di Terengganu dengan membuka booth di sana. Kebetulan, emak saya memang ada jual tudung di bazar Ramadan sebelum itu. Jadi, saya dapatlah tolong dia berniaga sekali. Masa tu ada sahaja yang tanya tak malu ke jual tudung. Buat apa nak malu sebab saya nak bantu keluarga.
"Bagaimanapun, saya berasa sangat bersyukur. Selepas beberapa kali melalui dugaan, akhirnya kini saya berjaya kerana semangat dari emak. Saya ingat lagi pesanannya. Dia kata butakan mata dengan halangan di depan dan pekakkan telinga dengan kata-kata cacian. Itulah penguat untuk saya terus bangkit" katanya.
Terdahulu, Zoey berkongsi rakaman video di Instagram memberitahu yang kejayaannya hari ini berlaku atas doa ibu dan keluarga tercinta.
Sementara itu, Zoey yang merupakan pengasas Mika Series mengakui berpuas hati apabila kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil dan dia dapat membalas semula jasa ibu dan ayahnya.
Hal ini dibuktikan apabila Zoey menghadiahkan ibunya sebuah kondominium bernilai setengah juta ringgit.
Zoey berkata, hadiah yang diberikan itu tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan kasih sayang yang diberikan oleh orang tuanya itu.
"Alhamdulillah, saya sudah belikan mak sebuah rumah sebelum ini. Bagaimanapun, untuk hadiah seterusnya, saya tiada perancangan lagi. Saya sendiri belum ada idea mahu berikan apa.
"Bagi saya, dalam usia sebegini, kasih sayang kepada orang tua perlu diutamakan. Ia lebih bernilai daripada harta benda,” katanya lagi.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.