Zoey Upload Gambar Lelaki Berseluar Dalam, Bikin Peminat Naik 'Geram'!

Amri Hassan
Oktober 3, 2018 11:56 MYT
Tindakan pelakon Zoey Rahman memuat naik sekeping foto lelaki berseluar dalam putih mengundang teka-teki peminat.
Namun, Zoey seperti memberikan bayangan bahawa dia bakal melancarkan produk pakaian dalam miliknya sendiri menerusi label Mika Wear.
"8:50 Amacam?" tulis Zoey ringkas.
Bagaimanapun, perkongsian Zoey itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya di Instagram hingga ada yang berseloroh ingin melihat pelakon itu sendiri memakai pakaian dalam itu.
"Lagi ngam kalau Zoey yang pakai," tulis salah seorang pengguna Instagram.
"The thing is, itu model and bukan Zoey. Even seluar dalam kat mall tu brand abang-abang, pakcik-pakcik, ayah-ayah pakai and ada gmbr tu apesal tak mengomen juga?" sahut salah seorang pengguna yang lain.
Bagaimanapun, Zoey hanya mengambil pendekatan berdiam diri.
#Viral #Viral #Seluar Dalam #Zoey Rahman