Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Zohor Kat Rumah? Baik Tak Payah Pergi Kerja, Sekolah Juga" - Rita Rudaini

Amri Hassan 13/03/2020 | 16:48 MYT
Pelakon Rita Rudaini tampil membangkitkan isu berkaitan pembatalan mendirikan solat Jumaat di masjid di Perlis hari ini.
Soal Rita, keputusan itu seperti tidak relevan apabila sebaliknya digantikan dengan solat zohor di kediaman masing-masing.
"Mmm... Macam tak kena ja, tak payah pergi solat Jumaat, Zohor kat rumah?
"Kalau macam tu pejabat tak payah pergi, kerja kat rumah saja. Sekolah tak payah pergi, sekolah kat rumah saja. Macam mana?
"Jangan takut pergi masjid kan tempat selamat. Lepas solat Jumaat ramai-ramai tu buat solat hajat pula, doa ramai-ramai.
"Solat Jumaat kan lebih baik... mmm, entahlah. Mufti Perlis lebih 'arif' kan?" tulis Rita menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Mmmm...mcm xkena ja...xyh p jumaat,zohor kt umah? ? mmmmm klau mcm tu opis xyh p,keja kt umah ja..sek xyh p,sek kt umah ja..gena? Jgn takut p masjid...masjid kn tempat yg selamat....lps solat jumaat ramai2 tu buat solat hajat plak...doa ramai2...solat jumaat kan lebih baik....Mmmm tah lahh mufti perlih lebih 'arif' kan...? #anakperlihpure

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Solat Jumaat di seluruh negeri Perlis dibatalkan dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi semasa akan COVID-19.
Perkara itu diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Ia diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Selain Perlis, perintah sama turut dilaksanakan di negara jiran, Singapura.
Sementara itu, ruangan komen Instagram pelakon Mami Jarum itu dihujani pendapat daripada netizen yang menyokong dan mengecam pandangan Rita.
#Rita Rudaini #Solat Jumaat #COVID-19
;