VIRAL
Zoo Dikecam 'Make-Up' Cimpanzi Ala Kanak-Kanak Perempuan
Sebuah zoo di wilayah tengah China menjadi tumpuan kontroversi apabila seekor anak cimpanzi digayakan dengan pakaian dan gaya rambut seperti seorang gadis kecil.
BERITA TRENDING: 'Ingat Kacang Hitam, Rupanya Ular Dalam Aiskrim'
Anak cimpanzi berusia lapan bulan yang dikenali sebagai Qixi itu dilahirkan dan dibesarkan di Zoo Hesheng Forest di Qinyang, Wilayah Henan.Qixi mencuri perhatian ramai kerana penampilannya yang comel serta sikapnya yang aktif berinteraksi dengan pengunjung, hingga ada yang menyamakan kelakuannya dengan bayi manusia.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa klip video yang menunjukkan Qixi berpakaian seperti kanak-kanak perempuan, lengkap dengan rambut disisir rapi, menjadi tular di media sosial China.
Dalam rakaman tersebut, Qixi sering dilihat berada dalam buaian atau kereta sorong, dikelilingi mainan, malah memegang puting getah di mulutnya. Ada juga pengunjung yang dilihat menggenggam tangan atau menggendong Qixi untuk bergambar.
Walau bagaimanapun, tindakan zoo tersebut mengundang kritikan daripada pakar haiwan yang bimbang akan kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan cimpanzi itu.
BERITA TRENDING: Haiwan Pelik Pernah Ditemui
BERITA TRENDING: Paris Hilton Jadi Ibu Angkat Haiwan Lepas Rumah Musnah Dalam Kebakaran LA
Menurut Sun Quanhui, seorang saintis dari organisasi perlindungan haiwan World Animal Protection China, pemakaian pakaian manusia boleh mengganggu kemampuan semula jadi cimpanzi untuk mengawal suhu badan.Tambahnya lagi, zoo yang memperagakan haiwan sedemikian rupa dan membenarkan interaksi berlebihan dengan manusia memberi persepsi bahawa haiwan wujud hanya untuk hiburan.“Cimpanzi adalah haiwan sosial yang hidup dalam kumpulan. Memisahkan seekor individu dan memperlakukannya seperti manusia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mentalnya,” jelas beliau.
Bagaimanapun, seorang penjaga zoo tersebut mempertahankan tindakan mereka dengan menyatakan bahawa pakaian diberikan kepada Qixi bertujuan untuk memastikan ia sentiasa hangat, manakala rambutnya disisir kerana terlalu panjang dan menutup matanya.
“Kami juga membawa Qixi keluar untuk mendapatkan cahaya matahari, membersihkan pengunjung dengan disinfektan sebelum sebarang interaksi, dan memandikannya setiap dua hari. Jadi, Qixi dijaga dengan baik,” katanya.
Kisah Qixi telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial China. Ada yang menyokong pendekatan zoo itu kerana melihat Qixi kelihatan bahagia, namun ramai juga yang mengingatkan bahawa kesejahteraan mental dan sifat semula jadi haiwan tidak seharusnya diabaikan. - Agensi
Must-Watch Video