,
Berita

Zoo Negara Dibuka Semula, Habib Lancar Keping Emas... Comelnya Ada Kancil, Gajah, Harimau & Panda

Amri Hassan
21/12/2020
05:51 MYT
Zoo Negara Malaysia akhirnya membuka semula pintu kepada pelawat selepas beberapa bulan ditutup ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Hasil tinjauan Gempak mendapati pelawat sudah mula membanjiri Zoo Negara seawal pukul 10 pagi pada hari pertama dibuka semula pada Jumaat lalu.
Pastinya ramai yang memanfaatkan cuti persekolahan bersama keluarga dan anak-anak sekali gus mengambil peluang untuk aktiviti riadah ini.
Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihaknya menetapkan 1,250 pengunjung dibenarkan masuk pada satu-satu masa.
"Ini adalah hari pertama pembukaan semula. Kami jangka menjelang esok, lebih ramai pengunjung hadir membawa anak-anak beriadah di sini.
"Sebelum ini, kebiasaannya pada Disember, hampir 5,000 pengunjung hadir setiap hari, tetapi kali ini kita menetapkan had dengan setiap pengunjung akan diberi kad.
"Begitu juga bagi tempahan tiket secara dalam talian akan diberikan angka giliran untuk masuk jika sudah melepasi 1,250 pengunjung dalam satu-satu masa," katanya.
Beliau ditemui selepas program Habib Untuk Zoo Negara 'Selamatkan Haiwan Kita'.
Sempena program itu, Habib Jewels memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Zoo negara dan mengeluarkan enam keping emas 999 edisi terhad bernilai RM118 setiap satunya.
Semak lima fakta menarik tentang wafer emas Habib Jewels untuk Zoo Negara 'Selamatkan Haiwan Kita':
1. Setiap pembelian wafer emas, sebanyak RM5 akan disumbangkan kepada Zoo Negara.
2. Habib Jewels mereka enam wafer emas yang tertera imej enam haiwan ikonik Zoo Negara iaitu burung enggang, orang utan, panda, harimau Malayan, kancil dan gajah Asia.
3. Setiap satu wafer emas seberat 0.2 gram dan menggunakan emas 999 (24K). Ia dijual dengan harga RM118.
4. Kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin, keenam-enam koleksi wafer emas boleh dibeli dengan harga RM750.
5. "Selain untuk dijadikan koleksi, ia juga sesuai diberikan sebagai hadiah misalnya untuk angpau atau new born," katanya.
Terdahulu, Habib Jewels pernah menghasilkan wafer emas animasi popular Upin dan Ipin yang mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

30 Ekor Gajah Bikin Sesak Jalan Selama 2 Jam Gara-Gar Tidur Dan Bermain Di Tengah Jalan

gempak
18/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam gara-gara 30 ekor gajah ‘bermain’ dan tidur di tengah jalan.
Filem

Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"

gempak
18/11/2024
05:17 MYT
Baru sahaja tengok tayangan trailer, namun peminat sudah tidak sabar untuk saksikan filem animasi, Dongeng Sang Kancil.
Hiburan

Sudah Tegur Suami Pakai Rantai Emas, Atikah Suhaime Mohon Netizen Tak ‘Over’ Ketika Menegur - “Sakitkan Hati Sesama Manusia Pun Berdosa”

gempak
04/11/2024
01:30 MYT
Perkongsian pelakon Datin Atikah Suhaime bersama suaminya, Datuk Lokman Teh, yang dilihat memakai rantai emas menerusi hantaran di Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Enam Peserta Layak Ke Final, Atie Tersingkir Di Separuh Akhir! Semak Markah Penuh Di Sini

gempak
26/10/2024
21:55 MYT
Separuh akhir Kilauan Emas 2024 telah menyaksikan enam peserta layak untuk berentap merebut gelaran juara di pentas akhir Kilauan Emas 2024 pada minggu hadapan.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Unitar