Zuhudnya! Azmin Ali Bantu Lap Air Hujan Di Masjidilharam - "Syukur Dapat Menyumbang Khidmat & Tenaga ..."
Amri Hassan
28/04/2021 05:25 MYT
28/04/2021 05:25 MYT
Aksi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sedang mengelap air hujan di dalam Masjidilharam mencuri tumpuan warganet.
Menerusi foto yang disiarkan sendiri dari akaun Twitter peribadi Mohamed Azmin, beliau yang berada di sana untuk mengerjakan umrah kelihatan tekun mengelap lantai yang dibasahi hujan biarpun masih berjubah dan berkopiah.
"Hari ini hujan rahmat turun dengan lebat. Syukur dapat menyumbang sedikit khidmat dan tenaga untuk bersama petugas Masjidilharam tatkala hujan lebat yang turun selepas Zohor sehingga selesai Asar," ciap beliau.
Mohamed Azmin tiba di tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada Selasa.
Sepanjang ketibaannya, beliau kerap mengemaskini setiap aktiviti termasuk bertahalul (bercukur).
Mohamed Azmin akan mengetuai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Arab Saudi serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai 26 April hingga 4 Mei 2021.
Dalam satu kenyataan, MITI memaklumkan misi tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan peluang perniagaan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan rantau Asia Barat.
Misi tersebut diharapkan dapat mengekalkan momentum hubungan ekonomi antara Malaysia dan kedua-dua negara serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan rakan perdagangan dengan meningkatkan keyakinan komuniti perniagaan di kedua-dua negara itu.
Sementara itu, memetik laporan Awani, hujan lebat luar biasa yang melanda Makkah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.
Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.
Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.
Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.
Sumber: Twitter

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.