Aktor kacak Zul Ariffin mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto terbaru yang memperlihatkan sedikit otot dadanya yang kekar.

Menerusi laman sosial Instagram, Zul memuat naik foto memakai jubah mandi itu untuk tatapan umum.

“N/P: Stunnin’ (feat. Harm Franklin),” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

N/P ?- Stunnin’ (feat. Harm Fraklin) #moodzzz

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on


Menerusi perkongsian itu, Zul ‘menayangkan’ sedikit otot dadanya di sebalik jubah mandi tersebut sambil tersenyum.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila Zul ‘belanja’ sedikit badan sadonya itu.

Wow, nampak seketul bun di situ,” tulis seorang wargamaya.

Nampak ototnya tu,” komen seorang wargamaya.

Sixpack abang Zul masih maintain eh,” kata seorang wargamaya.

Cak cak pulak 6 pack dia tu,” usik seorang wargamaya.

Pecah ovari saya,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada warga Instagram.