Zul Yahya Tidak Setuju Masjid Dijadikan PPV

Fiza Kamarudin
Jun 27, 2021 12:46 MYT
Penceramah bebas yang juga bekas pelakon Zul Yahya meluahkan rasa terkilan apabila masjid dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Perkara tersebut dikongsi Zul Yahya menerusi hantaran di Instagram (IG)nya pada malam Sabtu dan telah menerima hampir 6,000 tanda suka.
Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata pengikut Zul Yahya di IG bersetuju masjid tidak sesuai dijadikan PPV.
“Allah hu Akbar…Astafirrullah al azim…Aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular... wallahi demi Allah.
“Aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang-kadang mungkin aku tak jaga adab tidur, tapi mungkin ada maksud disebaliknya.
“Teramat pedih hati kami melihat rumah-rumah Allah SWT seperti ini,” luahnya.
Yang menjadi pertikaian pengikut Zul Yahya ialah apabila orang ramai bebas keluar masuk tanpa mengambil kira adab di dalam masjid.

Usaha kerajaan menjadikan masjid sebagai PPV menjadi perdebatan hangat akhir-akhir ini sehingga sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut ditomah.

Antara isu yang dijawab Dr Zulkifli ialah mengenai penerima vaksin membawa masuk selipar ke dalam masjid ketika proses suntikan.

Dr Zulkifli bagaimanapun tenang menjawab tomahan tersebut.

Assalamualaikum. ✅ Ini gambar di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak ✅ Selipar & kasut dimasukkan dalam plastik & penerima vaksin bawa bersama ke dalam masjid ✅ Selipar/kasut dalam plastik & dibawa bersama dlm masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram & Masjid al-Nabawi https://t.co/vRUIdt08NC

— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) June 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Zul Yahya #COVID-19 #Pandemik Covid-19 #Masjid Sebagai PPV