Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Zul & Zafran, Siapa Bapa Terbaik Untuk Cinta Aryana” - Jangan Menangis Cinta Disambung Dua Episod Lagi

Mya Amri
26/05/2022 10:52 MYT
Berikutan sambutan hangat penonton, drama yang mencetuskan fenomena berjudul Jangan Menangis Cinta akan disambung sebanyak dua episod lagi.

Sejak drama bersiri adaptasi novelis terkenal, Siti Rosmizah ini ditayangkan pada 21 Mac lalu ternyata mendapat begitu banyak komen positif.

Selain watak utama dimainkan oleh Remy Ishak, Amyra Rosli dan Halim Radzi, ada beberapa karakter lagi yang memberi kesan.

Watak yang dimaksudkan adalah Mak Yang, Nek Tok dan Mummy, ketiga-ketiga mereka merupakan karakter antagonis.

Berbalik kepada tambahan dua episod Jangan Menangis Cinta, rata-rata penonton meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pengakhiran Riya sama ada bersama Zul atau pun Zafran.


Siapakah agaknya yang bakal menjadi bapa terbaik untuk anak Riya iaitu Cinta Aryana.

Sama-sama kita nantikan penghujungnya.

Saksikan Jangan Menangis Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
#Jangan Menangis Cinta #Drama Astro #Sambung Episod
;