Laman Utama
Zulin Aziz Ajak Influencer & Selebriti Kongsi Sokongan Terhadap Palestin - “Kita Tak Mampu Pergi Perang…”
Sama seperti selebriti tempatan lain, pelakon Zulin Aziz juga tidak terkecuali menunjukkan sokongannya terhadap Palestin menerusi laman sosial miliknya.
Malah Zulin menerusi Instagram memohon agar selebriti atau pempengaruh media sosial yang mempunyai ramai pengikut bersama-sama memberi kesedaran mengenai negara yang sedang bergolak itu.
“Memang lain orang lain cara. Tak post tak bermakna tak sokong dik. Yang doa, yang donate secara senyap pun sokong, Allah saja tahu. Betullah tu. Tapi minta jasa baik awak yang ada folowers banyak tu sebarkan.
“Sebab awak-awak ni ada banyak pengikut. Awak banyak pengikut dan berpengaruh dik. Bukan suruh tunjuk awak derma dan tunjuk kat satu dunia awak beri sumbangan.
“Ni bukan kes nak menunjuk, mampu tak mampu ke. Minta awak post pasal Palestin sebab kat luar sana tu macam-macam Israhell ni post memfitnah.
“Kita tak mampu pergi perang, kat media sosial ni pun kita bole bantu. Kita boleh jadi askar kat media sosial ni untuk sebarkan kebenaran,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Zulin turut memberitahu segala perkongsian di laman sosial sedikit sebanyak dapat membuka hati orang lain untuk sama-sama memberi sokongan.
“Kita boleh berdiam sebab dalam diam kita, kita doa kita bantu, betul. Tapi kalau kita ada kelebihan apa salahnya kita sebarkan melalui media ni, kan?
“Sepanjang aku post kat Igs ke, feed ke, ramai followers yang repost. Itu yang kita nak dik. Apa kita buat, kadang orang ikut, kadang orang terbukak hati, kita menyampaikan.
“Mereka dapat, mereka pula sampaikan. Itu tujuan dia dik. Berlapang dada dan cuba fahamkan. Tak marah, tak paksa, kalau terbuka hati Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, pempengaruh media sosial iaitu Syamimia dikecam netizen gara-gara enggan berkongsi mengenai kesedaran terhadapa apa yang berlaku di Palestin.
Must-Watch Video