Berita

Zulin Aziz Belanja Makan 10 Keluarga Follower Instagram, Sambil Bantu Peniaga

ZULHILMI JALIL
08/04/2020
08:37 MYT
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dapat dinafikan banyak perniagaan yang mungkin terjejas pendapatan mereka.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan berikutan larangan dan peraturan yang perlu dipatuhi.
Bagaimanapun, ramai sebenarnya dalam kalangan selebriti sendiri cuba menghulurkan bantuan kepada pengikut-pengikut mereka dengan menyediakan perkhidmatan review produk perniagaan secara percuma.
Begitupun, lain pula kisahnya dengan pelakon dan pelawak Zulin Aziz yang cuba membantu peniaga kedai makan dengan membuat pembelian untuk diberikan kepada pengikutnya di Instagram.
"Saya pesan makanan untuk 10 keluarga dekat @meknoornasidagang. Kita support mereka berniaga, kita belanja followers saya makan. Sesiapa yang meniaga pun boleh DM saya okay," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Zulin lagi, sebagai permulaan, dia akan mengedarkan makanan tersebut bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang terlebih dulu.
"Saya nak belanja makan 10 keluarga nasi dagang dan nasi kerabu.
"Siapa yang tinggal kawasan Kuala Lumpur dan Selangor boleh komen bawah ni SAYA NAK. Saya minta team saya pilih. Minta maaf, untuk esok 10 keluarga dulu sebab penuh. Kita buat peringkat-peringkat okay?," katanya.
Tindakan Zulin itu kemudian menerima respons positif dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata mendoakan agar Zulin terus dimurahkan rezeki.
"Yeay nak! Lama tak makan nasi dagang. Ya Allah murahkan rezeki dan percepatkan jodoh dengan lelaki soleh untuk sis Zulin. Amin.
"Alhamdulillah, moga Allah perluaskan lagi rezeki akak," tulis sebahagian pengikutnya di ruangan komen.
Apapun, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Berhabis RM60,000 Sepanjang Pertandingan, Ambil Risiko Berdrum 90 Darjah

gempak
15/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mendedahkan telah berhabis sebanyak RM60,000 untuk persembahannya sepanjang 10 minggu bertanding di program realiti The Hardest Singing Show (THSS).
Hiburan

Ruhainies Suka Belanja Orang Makan

gempak
02/06/2024
03:00 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktres sensasi, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Wani Kayrie Tak Kisah Habis Beribu Ringgit Untuk Raya - “Ada Rezeki Lebih, Saya Belanja Keluarga Balik Sandakan”

gempak
11/04/2024
07:55 MYT
Alhamdulillah semoga murah rezeki Wani.
Laman Utama

Zulin Aziz Nasihat Jangan Asyik Nak Kecam Orang - “Reti Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tak Guna”

gempak
27/12/2023
05:55 MYT
Lelaki pun ada je yang tak tahu tukar tayar keretakan?
Laman Utama

Cik B Berbelanja Lebih RM1 Juta Sebulan, Netizen; "Seronok Jadi Kaya, Patutlah Syurga Itu Mahal"

gempak
21/12/2023
02:10 MYT
Kaya betul...