Laman Utama

Zulin Aziz Beri Bayangan Sudah Bercerai? Netizen Pula Bimbang Hanya Sekadar Untuk ‘Content’ - “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”

gempak
Asyikin Mayudin
17/04/2023
04:00 MYT
Sponsor Banner
Zulin Aziz Beri Bayangan Sudah Bercerai? Netizen Pula Bimbang Hanya Sekadar Untuk ‘Content’ - “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba pelakon dan pengacara Zulin Aziz memuat naik perkongsian di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini.
Zulin yang berkongsi foto pernikahan meletakkan kapsyen dengan mengatakan kisah mereka sudah berakhir disebabkan tiada persefahaman.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Insya-Allah, masa merawat semuanya.
“Thank you for everything. Take care,” tulis Zulin di laman sosialnya itu.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu gagal apabila Zulin tidak menjawab panggilan dan tiada respon kepada mesej yang dihantar.
Rata-rata netizen di ruang komen tersebut berasa bimbang sekiranya perkongsian Zulin itu sekadar ‘marketing’ atau gimik sahaja.
Malah segelintir netizen berharap Zulin tidak menggunakan hal yang melibatkan rumah tangga sebagai ‘content’ sahaja.
“Janganlah buat content guna ayat-ayat macam ni. Memang nak sangat gamaknya,
“Zulin… anda ni orangnya bijak. Jadi diharapkan ini bukanlah semata-mata content ya. Kami tak suka!
“Tak baik kalau buat macam ni sebab marketing. Benda-benda macam ni janganlah dibuat main,” komen netizen.
Namun terdapat netizen yang turut mendoakan agar Zulin terus kuat mengharungi sebarang dugaan dalam rumah tangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024