Zulin Aziz Nasihat Jangan Asyik Nak Kecam Orang - “Reti Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tak Guna”
Mya Amri
27/12/2023 05:55 MYT
27/12/2023 05:55 MYT
Pelakon, Zulin Aziz mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu hangat tentang golongan wanita yang tidak tahu menyiang ikan.
Menurut Zulin, perkara seperti itu tidak seharusnya dijadikan isu besar sehingga mencetuskan kecaman netizen di media sosial.
“Tak reti siang ikan pun kecam. Kalau reti siang ikan tapi malas masak pun tak guna. Sekarang beli ikan semua siap siang,” tulisnya di ruangan Insta Story.
Malah coret Zulin, netizen sepatutnya tidak terus menilai dan bersangka buruk mengenai isu berkenaan.
“Tak payah lah semua benda nak kecam haih. Aku pun reti siang ikan, potong ayam.
“Potong sayur pun kadang bentuk love, segi tiga, petak bujur semua ada ikut suka hati aku,” coretnya.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang pengacara sebuah program bual bicara dikecam kerana tidak pandai menyiang ikan selepas diberi tugasan tersebut ketika bersiaran langsung.
Rentetan daripada itu, netizen terutamanya dalam kalangan kaum lelaki mempertikai perkara tersebut dan memerli para wanita bekerjaya yang dikatakan tidak pandai melakukan rutin di dapur.