Zulin Aziz Tunai Umrah, Sempat Buat Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir Di Depan Kaabah - “Semoga Allah Perkenan Doa..”
Azwa Rahman
23/12/2021 09:23 MYT
23/12/2021 09:23 MYT
Pelakon Zulin Aziz sempat menitipkan doa buat mangsa-mangsa banjir yang melanda negara ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, dia bersama teman-teman umrahnya turut menunaikan solat hajat bagi kesejahteraan semua mangsa banjir.
“Apa yang saya mampu, saya selitkan tiap doa saya di sini buat semua mangsa banjir di Malaysia.
“Alhamdulillah, selesai solat hajat buat mangsa banjir di Malaysia, doa buat keluarga, sahabat dan followers. Semoga Allah perkenan doa-doa kita,” tulis Zulin di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Zulin yang baru tiba di Makkah pada Isnin bagi menunaikan umrah dilihat membawa nota nama-nama pengikutnya yang menitipkan doa untuk dibacakan di hadapan Kaabah.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya berterima kasih pada Zulin di atas doa-doa dan solat hajat yang ditunaikan untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia sewaktu menjadi ‘tetamu Allah’.
“Terlalu banyak nama untuk disebut kerana hampir satu Malaysia terkena tempias. Makanya, doa untuk Malaysia. Semoga kita terus tabah. Kita jaga kita,” komen seorang wargamaya.
“Ameen! Semoga Allah memberkati semua usaha para sukarelawan dan agensi keselamatan yang sanggup menempuh rintangan demi menyelamatkan rakyat Malaysia,” ujar seorang wargamaya.
“Tq sis Zulin, doakan kami mangsa banjir di sini,” luah seorang wargamaya.
“Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur ya Zulin,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Hujung minggu lalu, hujan berterusan selama dua hari di sekitar Lembah Klang dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan banjir di luar jangkaan.
Tidak hanya Selangor, banjir besar turut melanda negeri Negeri Sembilan, Pahang, Perak sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Selangor dan Pahang mencatatkan angka 61,000 orang dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).