Zydee Bekas Anggota One Nation Emcees Kritikal
Fiza Kamarudin
25/09/2021 14:55 MYT
25/09/2021 14:55 MYT
Bekas anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Edris, kini dilaporkan kritikal selepas diserang strok dan menyebabkan saluran darah ke otaknya pecah.
Salah seorang anggota kumpulan itu Kozae Mustaza ketika dihubungi berkata, Zydee dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.
"Saya diberitahu tentang Zydee oleh ahli keluarga dia. Kata mereka Zydee ada bagitahu dia rasa kurang sihat.
“Hari ini (Sabtu) ibu dan ibu saudara Zydee pergi melawat di hospital dan memaklumkan Zydee diserang strok dan kritikal.
“Menurut mereka lagi doktor tidak boleh membuat pembedahan kerana saluran darah yang pecah terlalu sensitif dan dekat dengan otak,” katanya.
Dalam pada itu Kozae turut mengharapkan sesiapa sahaja yang mengenali Zydee agar mendoakan sahabatnya itu.
“Tidak ada apa-apa yang kita boleh lakukan sekarang kecuali mendoakan agar Zydee kembali sedar dan sihat seperti sedia kala,” katanya.