,
Berita

10 Sebab Anda Perlu Tonton Konsert Akhir GV 3

Kamaruddin Razal
01/12/2016
11:37 MYT
Program GegarVaganza 3 (GV 3) sudah menghampiri kemuncaknya. Enam bintang bakal bersaing untuk merebut tempat pertama.
Selepas Ayai Ilusi dan Siti Nordiana berjaya bergelar juara serta menggegarkan kembali karier muzik mereka, tiba giliran Azharina, Intan Sarafina, Siti Sarah, Ameng Spring, Gmie Screen dan Zarul Umbrella untuk merebut gelaran juara GV 3.
Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada Ahad, 4 Disember ini dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.
Astro Gempak menyenaraikan 10 sebab anda wajib untuk menonton konsert minggu akhir GV 3.
1. Juara Baru Pastinya penonton tak sabar mahu melihat siapakah juara baru GV. Persaingan sengit yang diberikan enam bintang membuatkan penonton masih samar-samar siapakah yang bakal bergelar juara.
2. Pembuka & Penutup Persembahan Pastinya akan ada artis undangan yang akan memeriahkan malam kemuncak GV 3 dan mereka bakal menyerikan lagi pentas GV 3 dengan persembahan mereka.
3. Kejutan Apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh tenaga produksi GV 3 di konsert minggu akhir? Sama-sama kita nantikan!
4. Sarung Mikrofon Azharina Kemunculan Azharina mencuri perhatian penonton setiap minggu. Pernah tampil dengan mikrofon permata, mutiara dan bling bling, sarung apa lagi yang bakal Azharina pakaikan di mikrofon miliknya? Nantikan!
5. Medley Buat julung kalinya di pentas akhir GV 3, dua lagu tugasan yang diberikan bakal dipersembahkan secara medley! Bintang GV 3 pastinya membawakan lagu tersebut dalam gaya tersendiri.
6. Battle Seperti pentas akhir musim-musim sebelumnya, bintang GV akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan menyanyi dalam pusingan battle! Wah, tak sabarnya!
7. Tiga Cara Untuk Menonton GV 3 Selain menyaksikan GV 3 pada setiap Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), GV 3 juga boleh ditonton secara online di www.gegarvaganza.com.my atau rasai pengalaman berbeza dengan menonton malam kemuncak GV 3 di beberapa panggung TGV berhampiran.
8. Juri Jemputan Pastinya penonton tak sabar menantikan figura manakah yang bakal duduk di kerusi juri jemputan.
9. Aksi Datuk Seri Vida Penaja program yang merangkap pengasas produk Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Vida pasti akan beraksi dengan comel dan lucu di pentas akhir GV 3.
10. Busana Pastinya busana yang disarungkan pada malam kemuncak GV 3 bakal mendapat perhatian ramai pihak. Siapa yang bakal tampil memukau dan siapa yang bakal menjadi mangsa fesyen? Sama-sama kita nantikan!
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu. Enam bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kurus? Tak Apalah Janji Sihat - Intan Sarafina

gempak
21/12/2016
04:35 MYT
Berita

Cabaran Sertai GV 3, Azharina Korban Masa Bersama Anak

gempak
05/12/2016
06:46 MYT
Berita

GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Akhir

gempak
05/12/2016
03:19 MYT
Berita

Ramalan Juara GegarVaganza 3

gempak
04/12/2016
02:52 MYT
Berita

Zarul Umbrella Tunjuk Kepakaran Masak Apam Balik

gempak
02/12/2016
06:45 MYT